Page 125 - LAPORAN TAHUNAN SPA 2022
P. 125

(ii)  Ujian Penilaian Postur Keselamatan IT (Security Posture Assessment)

              Perkhidmatan Keselamatan Siber atau lebih dikenali sebagai Ujian Penilaian Postur Keselamatan
              IT (Security Posture Assessment) dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti ancaman serta
              kelemahan dalam sistem  teknologi digital seperti infrastruktur, rangkaian, aplikasi dan Portal
              Rasmi SPA. Selain itu, pelaksanaan pengujian ini turut memenuhi keperluan pensijilan ISO/IEC
              27001:2013 ISMS.

              Melalui pengujian  yang dijalankan, kelemahan keselamatan dapat dikenal pasti.  Tindakan
              pemulihan serta langkah-langkah peningkatan kawalan keselamatan sistem teknologi digital
              seperti infrastruktur, rangkaian dan aplikasi sedia ada dapat dilaksanakan bagi mengawal dan
              mengukuhkan keselamatan sistem di SPA.

              Pada tahun 2022, SPA telah melaksanakan pengujian Security Posture Assessment pada sistem
              SPA seperti di bawah:



















                           Sistem SPA yang terlibat dengan pengujian Security Posture Assessment


                 Sistem MyAssessment   -      Sistem penilaian kompetensi calon
                 Sistem SPA9          -       Sistem borang pendaftaran pekerjaan SPA
                 Sistem MyCheck       -       Sistem yang boleh menyemak maklumat calon dan status semasa
                                              permohonan jawatan
                 Sistem eTempahan     -       Sistem tempahan kenderaan dan bilik mesyuarat









                                                         124
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130