Page 122 - LAPORAN TAHUNAN SPA 2022
P. 122

PEMBANGUNAN SISTEM BAHARU



          Tahun  2022  menyaksikan  SPA  telah  meneruskan  komitmen  dalam  meningkatkan  penyampaian
          perkhidmatan kepada pengguna melalui pembangunan sistem baharu.


          Sistem ePENGISIAN 2.0


                                                        Sistem ePengisian 2.0 merupakan sistem permohonan
                                                        pengisian jawatan di bawah bidang kuasa SPA.
                                                        Sistem ini membolehkan Kementerian/Jabatan dan
                                                        Pentadbiran Negeri Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan
                                                        Negeri Sembilan membuat permohonan pengisian
                                                        jawatan secara dalam  talian bagi menggantikan
                                                        proses pengisian secara manual sebelum ini.

                                                        Sistem  ePengisian  2.0 merupakan  penambahbaikan
                                                        kepada sistem sedia ada iaitu ePengisian yang dinaik
                                                        taraf sebagai pemudah cara bagi mempercepatkan
                                                        proses permohonan pengisian jawatan. Selain itu,
                                                        sistem  ini juga  memudahkan Kementerian/Jabatan/
          Pentadbiran Negeri melihat status  terkini urusan permohonan pengisian jawatan  yang dimohon
          melalui kemas kini status urusan pengambilan oleh pegawai SPA.










            Naik taraf sistem sedia ada   Penetapan kriteria  Mesyuarat Pra Penyata   Paparan baki calon  Memudahkan
            sebagai pemudah cara dan   pengambilan oleh  Lembaga Permulaan (PLP)   simpanan secara automatik  pemantauan urusan
             mempercepatkan proses   Ketua Perkhidmatan  dapat dikurangkan dan   untuk semakan  pengambilan
                permohonan                          mempercepatkan proses
                                                       pengambilan


                                          Ciri-ciri Baharu sistem ePengisian 2.0




                                                         121
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127