Page 123 - LAPORAN TAHUNAN SPA 2022
P. 123

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN SPA
                                                     2021-2025



          Pelan Strategik Pendigitalan SPA (PSP SPA) 2021-2025 adalah dokumen
          strategik  yang menggariskan pelaksanaan  visi, misi, strategi dan hala
          tuju pendigitalan bagi tempoh lima (5) tahun.

          PSP SPA 2021-2025 dibangunkan berdasarkan penjajaran Pelan
          Strategik SPA 2020-2022 dengan inisiatif pelaksanaan pendigitalan
          SPA ke arah penyampaian perkhidmatan  end-to-end  (E2E) selari
          dengan hala tuju strategik organisasi.

          Empat (4)  teras strategik  teknologi pendigitalan, 13 strategi dan 65
          program dirangka sebagai asas kepada PSP SPA 2021-2025  yang
          merangkumi aspek perancangan, pembangunan dan pelaksanaan
          program teknologi digital secara holistik di SPA. Penghasilan PSP SPA
          2021-2025 ini, akan memberikan impak positif kepada peningkatan
          sistem penyampaian perkhidmatan SPA seiring dengan  transformasi
          teknologi pendigitalan masa kini.
























                                       Pelan Strategik Pendigitalan SPA 2021-2025






                                                         122
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128