Page 124 - LAPORAN TAHUNAN SPA 2022
P. 124

PENGUKUHAN KESELAMATAN MAKLUMAT



                                         Bahagian Digital dan Informatik selaku pemudah cara kepada
                                         penggunaan dan pelaksanaan  teknologi digital di SPA  telah
                                         mengambil  beberapa  langkah  bagi  pengukuhan  keselamatan
                                         maklumat sepanjang tahun 2022.

                                         (i)   Pensijilan MS ISO/IEC 27001:2013 Information Security
                                              Management System (ISMS)

                                              Pensijilan ISMS merupakan salah satu langkah  yang
                                              diperkenalkan   Kerajaan    bagi   memastikan    keselamatan
                                              infrastruktur ICT Sektor  Awam  terutama  yang melibatkan
                                              penyampaian perkhidmatan terjamin. Pada tahun 2022, Audit
                                              Pemantauan ISMS dilaksanakan bersama pihak CyberSecurity
                                              Malaysia dengan mengekalkan skop sedia ada seperti berikut:

                                              (a)  Urusan proses pelantikan dan perkhidmatan pegawai awam
                                                 melibatkan pengoperasian dan penyelenggaraan maklumat
                                                 bagi:
                                                    »  Sistem Mengambil Sepanjang Masa (eSMSM)
                                                    »  Sistem Pemantauan Urusan Perkhidmatan, Pangkat dan
                                                     Tatatertib (eSPDM)
                                                    »  Portal Rasmi SPA

                                              (b)  Urusan ini meliputi perkara-perkara seperti berikut:
                                                    »  Pangkalan Data
                                                    »  Backup dan Restore
                                                    »  Preventive Maintenance
                                                    »  Corrective Maintenance
                                                    »  Pemasangan patches
                                                    »  Pengurusan akaun pengguna
                                                    »  Pengurusan change request
                                                    »  Pengemaskinian kandungan portal
                                                    »  Pengemaskinian semakan dalam talian







                                                         123
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129