Page 7 - LAPORAN TAHUNAN SPA 2022
P. 7

Perutusan Pengerusi












                                                            Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


                                                            Saya  memanjatkan  rasa  kesyukuran  ke  hadrat
                                                            Allah SWT kerana atas keizinan dan kurniaNya,
                                                            Suruhanjaya Perkhidmatan  Awam Malaysia
                                                            (SPA) telah  berjaya  menggalas  tanggungjawab
                                                            yang diamanahkan sepanjang  tahun 2022
                                                            iaitu melaksanakan  fungsi-fungsinya mengikut
                                                            peruntukan    Perkara   144(1),  Perlembagaan
                                                            Persekutuan.

                                                            Dalam     menjalankan     fungsinya     melantik
                                                            pegawai awam dalam perkhidmatan awam
                                                            am Persekutuan, negeri Melaka, Pulau Pinang,
                                                            Perlis dan Negeri Sembilan, kaedah pengambilan
                                                            dan pelantikan ialah berdasarkan merit dan
                                                            kompetensi seseorang calon. Kaedah pelantikan
                                                            ini bertujuan untuk memastikan hanya calon yang
                                                            berkualiti dan menepati kriteria yang ditetapkan
                YBHG. TAN SRI DATO’ SERI UTAMA              dilantik ke dalam perkhidmatan awam. Di samping
                     ZAINAL RAHIM SEMAN                     itu, ia juga bagi memastikan semua calon diberi
                             Pengerusi                      peluang  yang sama untuk dipertimbangkan
            Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia          melalui persaingan yang terbuka dan adil.










                                                          6
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12